Header Ads

susu kambing etawa aliifa

USDA Sasar RM30 Juta Produk Estrogenix

SYARIKAT produk kesihatan dan kecantikan, USDA Global Resources (USDA) menyasarkan pertumbuhan jualannya meningkat menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Pembangunan Perniagaan USDA Global Resources, Shamsulnizam Mohd Salleh berkata, ia dipacu dengan penambahan jumlah pengedar di seluruh negara dan strategi pemasaran serta produk baharu Estrogenix yang dilancarkan, baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun masih baharu dalam pasaran negara, produk USDA Global Resources kini menembusi pasaran Indonesia.

“Produk pertama kami iaitu Body Impress yang berada dalam pasaran Malaysia dan Indonesia terjual 500,000 botol sejak awal tahun lalu. Saya optimis dengan adanya produk baharu, Estrogenix, ia akan membantu meningkatkan jualan syarikat menjelang akhir tahun ini.

“Syarikat menjangkakan memasuki pasaran Thailand dalam masa terdekat, kini dalam proses dokumentasi.

"Kami juga dalam proses perbincangan untuk memasuki pasaran Singapura dan Brunei,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

estrogenix usdaglobal2u

Estrogenix produk guna bahan alami.

Shamsulnizam berkata, produk Estrogenix adalah produk 100 peratus menggunakan herba yang wujud sejak 400 tahun lalu, di Korea dan penghasilannya tidak mengandungi bahan kimia.

“Ia merupakan produk terlaris di Korea dan membantu pertumbuhan dan perkembangan rahim dan payudara. Ia juga membantu mengawal kitaran haid dan menyokong kehamilan.

“Walaupun masih baharu dalam pasaran Malaysia dan Indonesia, Estrogenix mendapat permintaan tinggi. Ia dijual pada harga RM170 sekotak dan mempunyai 15 sachet dan dimakan setiap sachet pada setiap hari,” katanya.

Tambahnya, Estrogenix sesuai untuk wanita yang berusia 30 tahun ke atas.

“Syarikat menjangkakan Estrogenix akan menyumbang RM30 juta sekali gus melonjakkan jualan produk USDA,” katanya.

Jelasnya, syarikat yakin Estrogenix merupakan produk pertama di Asean.

Tambah bilangan stokis.

Shamsulnizam berkata, setakat ini, USDA hanya mempunyai satu stokis di Ipoh, Perak dan menyasarkan penambahan stokis di setiap negeri untuk memudahkan pelanggan mendapatkan produk-produk mereka.

“Selama ini, setiap tempahan yang diterima akan diposkan. Ada juga yang terus menemui stokis kami.

“Bagi memberikan keselesaan kepada pelanggan USDA, kami juga mahu menambah bilangan pengedar di seluruh negara. Mereka boleh menghubungi stokis yang terdekat,” katanya.

Beliau berkata, syarikat juga mahu meningkatkan kualiti perkhidmatan USDA dengan memperkenalkan mobile stokis.

“Mereka yang berminat untuk menjadi stokis boleh menghubungi pejabat USDA yang terletak di Seksyen 11, Shah Alam,” katanya.

Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada stokis dan pengedar yang berjaya mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.

“Antara hadiah yang disediakan ialah kereta, pakej mengerjakan umrah, wang tunai RM30,000 dan hadiah menarik.

“Mereka yang berminat menjadi stokis tidak perlu risau untuk memasarkan produk-produk USDA. Syarikat akan menyediakan latihan pemasaran yang akan membantu mereka meningkatkan jualan,” katanya.

Tambahnya, setakat ini, seramai 100 orang telah mengikutinya dan USDA akan mengadakan seminar keusahawanan di Kuching, Sarawak pada 29 Mei nanti.

Sesiapa yang berminat menjadi stokis dan mahu berkongsi kejayaan perniagaan boleh menghubunginya:
- Kang CIPTO di talian 0821 6755 5545 [Call/SMS/WA].

Sumber:
www.sinarharian.com.my/bisnes/usda-sasar-rm30j-produk-estrogenix-1.525698
Diberdayakan oleh Blogger.